HOME  | ISZAHAM  | GALLERY  | HEADLINE  | FACEBOOK  | TUMBLR  | TWITTER  | REVIEW

Labels

Art (1) babycakes (2) bag (2) Book (1) drop dead (3) DVD (2) Education (3) Event (10) fixie (2) Friend (12) Gig (5) Given (2) Headline (3) heart (6) Life (24) Photo (20) Review (8) SPA (1) SPP (1) stuff (7) t-shirt (4) Title (7) Website (1) Work (4)

Followers

The blog of Iszaham Sukor

Monday, May 23, 2011

take my HAND

Apa yang saya tulis ni, tak ada kena mengena untuk sesiapa. Cuma saya terasa hendak tulis. Mungkin pada sesiapa yang baca ni, mungkin diberi peluang dialah jodoh saya. Siapa tahu kan, JODOH dan PERTEMUAN bukan di tangan kita. Jadi saya cuma tulis apa yang saya rasa. Walaupun, ada yang akan kata saya jiwang dan berhati taman. Apa pun, ia tetap pujian atau hanya sindiran dari rakan-rakan.

apa-apa pun, saya nak tulis surat untuk MAK saya dulu tau:
    MAK, ,
    cheq mungkin sayangkan banyak perempuan di masa depan, suatu hari nanti cheq akan berkahwin dengan seseorang di luar sana. tetapi walaupun begitu, cheq akan mengingati mak dalam apa pun jua, mak akan sentiasa menjadi RATU dihati cheq.
    cheq sayangkan mak selamanya.


Saya tak sejahat mana. Walaupun kita kata diri kita baik, tapi orang saja yang dapat menilai kita baik atau buruk. Yang pasti saya akan angkat ampa dan berpura-pura buang ampa (tak kira dalam POOL, bukit, tasik atau dari kapal PELANCONGAN, itu pun kalau saya mampu beli tiket la). Awak mesti menjerit ketakutan dan cuba melawan saya, tak pi secara diam-diam, awak cintakan saya kan.

Saya akan pegang tangan ampa semasa ampa tengah bercakap (saya dapat bayangkan suara ampa memang merdu, dan berharap ampa akan terus bercakap dengan saya walaupun apa yang ampa cakap tak maksud akal). Pegang tangan ampa bila ampa sedang memandu. Pegang tangan ampa semasa berjalan-jalan di taman. Pegang tangan ampa yang lembut.

Saya akan sentiasa cakap ampa lawa. Tatap wajah ampa semasa bercakap. Beritahu ampa lawak bodoh. Geleteh ampa, walaupun ampa kata sudah.

Ketika ampa mula mengumpat pasal saya, saya akan kata saya sayangkan ampa. Biarkan ampa tidur dibahu saya. Bila marah, saya akan cuba sebaik mungkin pujuk. Usik ampa dan biarkan ampa usik saya balik.

Cium dipipi. Cium didahi. Dan katakan saya sayang anda berulang kali.

Apa yang pasti, saya tak akan memaksa atau paksa apa-apa. Apabila ampa dah mula sayangkan saya macam saya sayang ampa. KATAKAN <3

P/S: dah macam surat untuk FUTURE WIFE pun ada. hmmm

3 comments:

Miss Sepet said...

entri yg superb kawan :)

miya mohamad said...

sedehlaa , sapa baca tobat cayaq :(

miya mohamad said...

sedeh ngat aeh , sapa baca mesti cayaq :(

INSPIRATION --> blogger person that who i'm admired ;
Ozu Abd Aziz & Atyn Junaidi (^_^)Y